SALAM PENUH HORMAT
Salam penuh hormat untuk semua.
Rakaman Untuk RTM
Burung Yang Terbang
KUPUJI BURUNG YANG TERBANG
SEBAB KUCINTAI KEBEBASAN
PECAHKAN CAHAYA SUBUH YANG SEPI SUNYI
MELALUI TEBING KALI MEMANJANG JAUH
BERSULING LAGU SUKA GEMBIRA
TERSELAK KHASAH KABUT DI ATAS LAUT
TAK DAMBA TINGKAP YANG BERKALUNG BUNGA
HANYA INGIN AKAN GUNUNG-GANANG MENGHIJAU
TAK SIRIK SANGKAR DARI RATNA
C
HANYA CINTAI OMBAK MEMBIRU
MENARI BERSAYAP DI AWAN
SEDIA MELAWAN HUJAN RIBUT
MENGEMBARA MENEMANI MENTARI DAN BULAN
MESKI PERJALANANNYA BERPANJANGAN
OH, DI DUNIA INI
SIAPA YANG BERDAYA MENYEKAT CAHAYA
YANG TERSINAR DARI MENTARI
SIAPA YANG BERDAYA MENYEKAT SAYAP BEBAS
MELAYANG DI ANGKASA INI.
Muar, Johor.
Lirik Puisi : Teo Huat ( Dewan Sastera, Jun 1971)
Pencipta Lagu : Jafny & Jafmy Muhammad
*lagu puisi ciptaan sendiri
DI LARUT USIA

Di senja usia
Tatkala segala larut ke muara
Dan matahari makin terbenam
Diri sampah itu
Digerak olak dan kocak
Mulai tersisih ke tepian.
Namun api di gua diri
Meski di kejauhan
Masih menyala
Hangatnya masih memberi tenaga
Dan kehidupan
C/O
Selagi ruang masih terbentang
Dan detik masih membilang
Ingin kujalani hayat ini
Ke perbatasan itu
Meski keseorangan
Dan kesepian mengiriskan
Akan kuterus mendaki
Meski menongkat jari
Dan terus berpuisi.
* Ini adalah puisi yang telah dimelodikan... Apa kata anda?
Kerana Kami dan Kamu
Oleh; al-Misri

Kerana kami makan akar, dan terigu menumpuk di gudangmu
Kerana kami hidup berhimpitan, dan ruanganmu berlebihan.
Maka, kita bukan sekutu.
Kerana kami kucel, dan kamu gemerlapan.
Kerana kami sumpek, dan kamu mengunci pintu.Maka kami mencuri kamu.
Kerana kami terlantar di jalan, dan kamu memiliki semua keteduhan.
Kerana kami kebanjiran, dan kamu berpesta di kapal pesiaran.
Maka kami tidak menyukai kamu.
Kerana kami dibungkam, dan kamu bebas berbicara.
Kerana kami diancam, dan kamu memaksakan kekuasaan.
Maka kami ulangi, tidak ...! kepadamu.
Kerana kami tidak boleh memilih, dan kamu bebas berencana.
Kerana kami cuma bersandal, dan kamu bebas menguna senjata.
Kerana kami harus sopan, dan kamu punya penjara.
Maka, tidak ...!, dan tidakkk ...! kepadamu.
Kerana kami arus kali, dan kamu batu tanpa hati.
Maka air akan mengikis batu.
Namun, ada orang memanah rembulan
ada burung terjatuh dari sangkarnya
orang-orang harus dibangunkan
kesaksian harus diberikan
agar kehidupan bisa terjaga.
SUNGAI SEGGET
Sungai ini tidak pernah menyoal dari mana ia bermula
sebab arusnya terlalu membuta menuju ke kuala
kau selalunya malang
rumpunan aur berceracak ditebing
rimbun dan cerdik inayat didikan alirmu
kini menetak mencedera akar persaudaraan
parang kesumat curiga galak berarak
lembing khianat gejolak meniup olak
keris tamak petah melontarkan perbalahan
dan darah kemelut perpecahan
mengeruhkan ceria air
menghunjam titik jingga ke dasar sejarahmu.
Sungai Segget
kau selamanya malang
pohon yang dewasa dan subur
dengan zat ikan udang sentuhan tulus luhur
kini kian mabuk dan kurang ajar
menyanggah norma langit tamadun
menyepah hikmat sambil menghulurkan
helai racun tuba
terhoyong-hayang menyusur buih tanpa haluan
cela bisanya mencemar harum suci tubuhmu.
Dan Sungai Segget yang senget
kau selamanya malang
dunia mulai belajar mencemuh dirimu
yang tak meminta kebobrokan petaka
namun, di lembah ngalirnya perlahan kerana bumi kian mendatar
dan di laut ia belum pasti ingin bercampur
sebab dirinya tawar dan badannya penuh berlumpur
dan kau lelah menterjemahkan erti budi
sambil mencari di teluk diri di mana silapnya?